3 Mac 2016 - Keputusan STPM dan SPM secara rasminya telah diumumkan oleh Pengetua Cemerlang, Puan Nurul Izzati Adlina Abdullah, bertempat di foyer SMK Kudat II. SMK Kudat II berjaya menaikkan lagi Gred Purata Sekolah (GPS) bagi kedua-dua STPM dan SPM bagi tahun 2015 berbanding peperiksaan pada tahun 2014.
Turut hadir Yang Dipertua PIBG, Encik Salbin Hj Muksin, Encik Zahari Mohamad, (Naib Yang Dipertua PIBG), Encik Husmi Husin (Pegawai SISC+ Bahasa Melayu, PPD Kudat), Encik Ismail (Pegawai SI Partners+ PPD Kudat).
Majlis disempurnakan lagi dengan penyampaian sijil kepada pelajar
cemerlang STPM dan SPM 2015. Kegembiraan tidak sahaja kelihatan pada
wajah pelajar, tetapi turut dikongsi bersama ibu bapa yang hadir pada
hari tersebut.
Majlis turut dihadiri pelajar-pelajar tingkatan 5 yang akan mengambil SPM pada tahun ini (2016). Harapan pihak sekolah agar majlis pada hari ini dapat menjadi penyuntik semangat kepada calon-calon SPM 2016 untuk berusaha lebih kuat bagi mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan pada tahun ini.
SYABAS DAN TAHNIAH diucapkan kepada pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang!!! Semoga kejayaan itu akan terus mekar dan berkembang dalam setiap cabang dan bidang yang akan diceburi kelak.