3 Mac 2016 - Keputusan STPM dan SPM secara rasminya telah diumumkan oleh Pengetua Cemerlang, Puan Nurul Izzati Adlina Abdullah, bertempat di foyer SMK Kudat II. SMK Kudat II berjaya menaikkan lagi Gred Purata Sekolah (GPS) bagi kedua-dua STPM dan SPM bagi tahun 2015 berbanding peperiksaan pada tahun 2014.
Turut hadir Yang Dipertua PIBG, Encik Salbin Hj Muksin, Encik Zahari Mohamad, (Naib Yang Dipertua PIBG), Encik Husmi Husin (Pegawai SISC+ Bahasa Melayu, PPD Kudat), Encik Ismail (Pegawai SI Partners+ PPD Kudat).
Majlis disempurnakan lagi dengan penyampaian sijil kepada pelajar
cemerlang STPM dan SPM 2015. Kegembiraan tidak sahaja kelihatan pada
wajah pelajar, tetapi turut dikongsi bersama ibu bapa yang hadir pada
hari tersebut.
Majlis turut dihadiri pelajar-pelajar tingkatan 5 yang akan mengambil SPM pada tahun ini (2016). Harapan pihak sekolah agar majlis pada hari ini dapat menjadi penyuntik semangat kepada calon-calon SPM 2016 untuk berusaha lebih kuat bagi mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan pada tahun ini.
SYABAS DAN TAHNIAH diucapkan kepada pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang!!! Semoga kejayaan itu akan terus mekar dan berkembang dalam setiap cabang dan bidang yang akan diceburi kelak.
4 Mac 2016
25 Feb 2016
USAHA KERJASAMA IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SMK KUDAT 2 DALAM MENCAPAI MISI SEKOLAH
Seawal jam 7.00 pagi, para ibu bapa/penjaga mendaftar untuk penetapan target PT3 dan SPM |
Ucapan alu-aluan YDP PIBG |
24 Feb 2016
PIBG SMK Kudat II Bergerak Sederap Dengan Pentadbiran Sekolah
![]() |
AJK PIBG SMK Kudat II sesi 2015/2016 |
Di antara program berimpak tinggi yang telah dilaksanakan atau diusahakan bersama oleh PIBG dan pihak pengurusan di sekolah ini, ialah program Lawatan
Penandaarasan Berfokus ke JPN Wilayah Persekutuan K. Lumpur, Selangor dan
Putrajaya, Karnival
Kecemerlangan Akademik & Majlis Anugerah Kecemerlangan, Program
‘Say No To Zina”, Program Kami Ambil Tahu (ProKAT) dan Karnival
Kesihatan Kudat.
Bagi mematuhi kehendak perlembagaan PIBG SMK Kudat II, maka pada tanggal 25/2/2016, akan diadakan Mesyuarat Agung PIBG Tahunan untuk melaporkan aktiviti sesi 2015/2016, melaporkan kedudukan kewangan berakhir 31 Disember 2015, meluluskan usul-usul PIBG serta membubar dan melantik Jawatankuasa sesi 2016/2017. Mesyuarat Agung Tahunan PIBG ini akan diadakan di foyer SMK Kudat II pada jam 9.00 pagi - 12.15 tengahari.
Pada hari yang sama, beberapa aktiviti turut dilaksanakan. Berikut adalah tentatif pelaksanaan program tersebut:
7.00 pagi - 9.00 pagi: Penetapan target PT3 dan SPM 2016 di Dewan Tertutup SMK Kudat II
9.00 pagi - 10.30 pagi: Penataran PIBK & Mesyuarat Agung Tahunan PIBG di foyer SMK Kudat II
10.30 pagi - 11.30 pagi: Sambutan Tahun Baru Cina di Dataran Ilmu SMK Kudat II
11.30 pagi - 12.15 tengahari: Di foyer SMK Kudat II
- Perasmian Penutupan Mesyuarat Agung PIBG
- Pelancaran secara rasmi blog PIBG SMK Kudat II
- Simbolik penyerahan Bantuan Kewangan Awal Persekolahan (BKAP) kepada murid
12.15 tengahari - Selesai: Penyerahan BKAP kepada murid-murid di kelas masing-masing
Langgan:
Catatan (Atom)