4 Mac 2016

Pengumuman Rasmi Keputusan STPM dan SPM 2015, SMK Kudat II

3 Mac 2016 - Keputusan STPM dan SPM secara rasminya telah diumumkan oleh Pengetua Cemerlang, Puan Nurul Izzati Adlina Abdullah, bertempat di foyer SMK Kudat II. SMK Kudat II berjaya menaikkan lagi Gred Purata Sekolah (GPS) bagi kedua-dua STPM dan SPM bagi tahun 2015 berbanding peperiksaan pada tahun 2014.

 

Turut hadir Yang Dipertua PIBG, Encik Salbin Hj Muksin, Encik Zahari Mohamad, (Naib Yang Dipertua PIBG), Encik Husmi Husin (Pegawai SISC+ Bahasa Melayu, PPD Kudat), Encik Ismail (Pegawai SI Partners+ PPD Kudat).
Majlis disempurnakan lagi dengan penyampaian sijil kepada pelajar cemerlang STPM dan SPM 2015. Kegembiraan tidak sahaja kelihatan pada wajah pelajar, tetapi turut dikongsi bersama ibu bapa yang hadir pada hari tersebut.




Majlis turut dihadiri pelajar-pelajar tingkatan 5 yang akan mengambil SPM pada tahun ini (2016). Harapan pihak sekolah agar majlis pada hari ini dapat menjadi penyuntik semangat kepada calon-calon SPM 2016 untuk berusaha lebih kuat bagi mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan pada tahun ini.



SYABAS DAN TAHNIAH diucapkan kepada pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang!!! Semoga kejayaan itu akan terus mekar dan berkembang dalam setiap cabang dan bidang yang akan diceburi kelak.

25 Feb 2016

USAHA KERJASAMA IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SMK KUDAT 2 DALAM MENCAPAI MISI SEKOLAH


Hasil usaha dan kerjasama ibu bapa, pihak pentadbiran sekolah dan guru-guru, maka beberapa aktiviti dapat dilaksanakan pada hari ini. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan, PENETAPAN TARGET PT3 dan SPM, Mesyuarat Agong Tahunan PIBG, Sambutan Tahun Baru Cina Dan Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan. Tanpa kerjasama daripada pihak ibu bapa, sekolah tidak akan dapat mencapai kecemerlangan


Seawal jam 7.00 pagi, para ibu bapa/penjaga mendaftar untuk penetapan target PT3 dan SPM

Ucapan alu-aluan YDP PIBG
Makluman kepada ibu bapa/penjaga tentang target yang perlu dicapai oleh pelajar

penyerahan slip dan akujanji untuk mencapai target yang telah ditetapkan


SETELAH PENYERAHAN SLIP PENETAPAN TARGET,SEMUA IBU BAPA KE MESYUARAT AGONG PIBG
AJK tertinggi PIBG SMK KUDAT 2
Ibu Bapa/ Penjaga yang hadir pada mesyuarat Agong PIBG

SAMBUTAN TAHUN BARU CINA SMK KUDAT 2


warga SMK KUDAT 2 dihiburkan dengan tarian singgah

YEE SANG!!!!!


PENYERAHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2016 KEPADA PELAJAR


Pelancaran Blogspot PIBG


"BERAT SAMA DIPIKUL, RINGAN SAMA DIJINJING" peribahasa ini sesuai untuk mengambarkan usaha IBU BAPA dan juga GURU serta Pihak Pentadbiran sekolah kerana telah sama-sama  berusaha untuk melaksanakan segala program atau aktiviti yang dapat membantu dalam kecemerlangan anak-anak dan juga sekolah. Tanpa kerjasama semua pihak, aktiviti/program tidak akan dijalankan sebaik mungkin. Tahniah dan jutaan Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat. semoga SMK KUDAT 2 terus CEMERLANG.

24 Feb 2016

PIBG SMK Kudat II Bergerak Sederap Dengan Pentadbiran Sekolah

AJK PIBG SMK Kudat II sesi 2015/2016
PIBG SMK Kudat II bergerak sederap dengan barisan pentadbiran,  guru-guru dan murid-murid di sekolah ini untuk mencapai visi sekolah iaitu "Mencapai band 2 menjelang tahun 2018".  Dengan azam yang kuat untuk meningkatkan prestasi akademik di sekolah ini, pelbagai program telah dirangka dan dilaksanakan bersama dengan pihak sekolah untuk mempastikan visi tersebut tercapai.
Di antara program berimpak tinggi yang telah dilaksanakan atau diusahakan bersama oleh PIBG dan pihak pengurusan di sekolah ini, ialah program Lawatan Penandaarasan Berfokus ke JPN Wilayah Persekutuan K. Lumpur, Selangor dan Putrajaya, Karnival Kecemerlangan Akademik & Majlis Anugerah Kecemerlangan, Program ‘Say No To Zina”, Program Kami Ambil Tahu (ProKAT) dan Karnival Kesihatan Kudat.

Bagi mematuhi kehendak perlembagaan PIBG SMK Kudat II, maka pada tanggal 25/2/2016, akan diadakan Mesyuarat Agung PIBG Tahunan untuk melaporkan aktiviti sesi 2015/2016, melaporkan kedudukan kewangan berakhir 31 Disember 2015, meluluskan usul-usul PIBG serta membubar dan melantik Jawatankuasa sesi 2016/2017. Mesyuarat Agung Tahunan PIBG ini akan diadakan di foyer SMK Kudat II pada jam 9.00 pagi - 12.15 tengahari. 

Pada hari yang sama, beberapa aktiviti turut dilaksanakan.  Berikut adalah tentatif pelaksanaan program tersebut:

7.00 pagi - 9.00 pagi: Penetapan target PT3 dan SPM 2016 di Dewan Tertutup SMK Kudat II

9.00 pagi - 10.30 pagi:  Penataran PIBK & Mesyuarat Agung Tahunan PIBG di foyer SMK Kudat II

10.30 pagi - 11.30 pagi: Sambutan Tahun Baru Cina di Dataran Ilmu SMK Kudat II

11.30 pagi - 12.15 tengahari:  Di foyer SMK Kudat II
  • Perasmian Penutupan Mesyuarat Agung PIBG 
  • Pelancaran secara rasmi blog PIBG SMK Kudat II
  • Simbolik penyerahan Bantuan Kewangan Awal Persekolahan (BKAP) kepada murid

12.15 tengahari - Selesai: Penyerahan BKAP kepada murid-murid di kelas masing-masing